Thursday, May 10, 2012

Bebas

Ibu bapanya sudah pun berpisah


Tapi, Ayahnya masih cuba utk meluangkan masa bersama-sama dengan anaknya


"Dia" berasa sangat marah kpd ayahnya 
kerna meninggalkan keluargnya, meninggalkan dia
Setiap kali ayahnya ajak untuk keluar dan meluangkan masa bersama - samanya
Dia menolak, rasa dendam, marah di dada
kerna ayah, dia rasa sangat terseksa


Ibunya cuba untuk memujuk anaknya
"Kenapa Ayah meninggalkan keluarga kita?" - Dia
"Ayah bukan meninggalkan keluarga kita, tapi dia meninggalkan ibu. Dia sebenarnya sangat sayang kepadamu" - Ibu
"Dia" membuka pintu kereta ibunya
dan berjalan ke arah ayahnya
Ayahnya mengukir senyuman dari jauh
Sudah lama menunggu kedatangan anak kesayangannya
Bersama -sama dengan teman hidup yang lain


Air mata Ibunya mula mengalir
Melihat bekas suami memeluk erat anak perempuannya


---------


Kita rasa takut, sebab itu kita eratnya kuat-kuat
Tapi melepaskan makna membebaskan Kita!

Accident !

11.25, 9 May 2012, Selasa


Pertama kali ku terlanggar dengan kereta orang.
Nasib baik keretanya tak kemek, hanya tercalar sedikit sahaja
Tu laa, over-confident ketika driving


Ku cepat - cepat keluar dari keretaku
kelihatan tiada siapa ketika tu.
ku pusing ke kanan dan kiri, dan toleh ke belakang
tiada siapa nampak
Sebenarnya, Ada perasaan untuk ku lari dari sini
tiada siapa nampak, tiada siapa tahu


ku pun cepat2 bergegas pulang ke bilik dan meninggalkan kereta yang tercalar tadi kat tepi
patutkah aku meletakkan surat pada kereta tadi?
Perasaan takut menghantui
kalau tertangkap macam mana? mesti orang tu akan marah? takut nama ku kena black list nanti?
Syaitan memang buat kita rasa takut utk membuat kebaikan, dia suruh kita lari - lari jauh dengan kesalahan
Tapi perasaan bersalah lagi menguasai


Di bilik,
Aku try balik utk rationalize fikiranku 
" tapi kan kereta tu memang dah banyak calar
mungkin calar tu bukan berpunca dari accident tadi "
haih---
kenapa rasa tak tenang ni?
Kalau tak tenang, hakikatnya ianya dosa!


aku nak Lari pun, lari dari siapa?
Manusia?
Kalau ku lari sekuat mana pun,
hakikatnya, nanti ku akan tertangkap jua di akhirat kelak
tak guna lari di sini
baik tertangkap di sini


Ku menanya pada kawan karibu perihal kejadian tadi
dia memberi semangat kpd ku utk bertanggungjawab atas kesalahan tadi
Alhamdulilah, inilah kelebihan bagi mereka yang mempunyai kawan - kawan solehah
mereka akan menguatkan kita pada kebaikan, ku syukur..
ku memang nak bertanggungjawab atas kesalahan tadi
cuma memerlukan sedikit semangat
hakikatnya, diri ku adalah seseorang yang sangat lemah


Ku tabahkan hatiku
Luruskan perasaanku
dan menulis surat utk diletakkan pada kereta tadi
(bersama2 dengan kawan karib ku tadi)








Perasaan tenang akhirnya terasa..
walaupun ku tahu banyak kemungkinan yang akan berlaku lepas ni
ku tidak lagi takut
Aku yakin, Allah akan protect ku
Inilah kebaikan
kebaikan memang membawa ketenangan
Alhamdulilah!